Selasa, 6 Mac 2012

besarnya keajaiban kasih sayangnya

Ketika kita dilahirkan ke Dunia ini,senyum indah menyapai kita.Tiada kata yang dapat di ucapkan selain tersenyum gembira melihat keajaiban yang terlalu besar ini.Mimpi,harapan,cita-cita pun tersirat untuk kita,di dalam hati Orang tua.Pengorbanannya sangat luar biasa membesarkan kita.Seluruh kringat dan lelahnya hanya untuk kita.Saat kita lahir separuh nyawanya dipertaruhkan hanya untuk menhadirkan kita ke dunia ini.Lantas masih kah engkau meragukan cinta kasihnya??Apa yang telah kau buat untuk Beliau??Pertanyaan ini tidak perlu di jawab,tanya lah hatimu untuk mengetahui jawapannya!
Jauh dekat,ku mohon Ibu.....doakan anakmu ini.Cinta Kasih,selalu ku harap dalam jiwa ku ini.Mohon doa restu kepada Ibu.Dan doa kan aku berjaya dalam setiap apa yang ku kecapi.Kerana syurga itu,terletak padamu Ibu.Cintailah aku wahai Ibu.
 IBU.........kau menagis kerana aku,kau sedih kerana aku,Kau menderita kerana aku,kau korbankan semua untukku dan apa yang telah aku beri untuk kau IBU?
Jasamu tiada terbalas,Jasamu tiada terbeli,Jasamu tiada tara dan Jasa mu tertulis indah di dalam syurga.
 Ingatlah,walaupun Ibu mu tidak secantik Permaisuri,walaupun Ibu mu tidak sekaya hartawan,walaupun Ibu mu tidak sebijak bangsawan....namun segala titik peluhnya,pengorbanannya tidak sesekali kau dapat ganti.Coba kau ingat kembali di mana engkau melihat Ibu mu tersenyum padamu? Coba kau imbas kembali diwaktu engkau membuat Ibu mu menangis,bersedih dan kecewa keranamu??Apa yang telah engkau beri pada Ibu mu??
Mungkin di saat Ibu mu masih bernafas,mungkin di saat Ibu mu masih boleh memanggilmu dan mungkin di saat Ibu mu itu masih boleh menyentuhmu dan engkau pula masih boleh mengetepikan Ibu mu....Pernah kah engkau bertanya pada rakanmu bagaimana perasaannya apabila kehilangan Ibu??mungkin kau segan bertanya,mungkin kau tidak mahu menyentuh perasaannya..Tunggu sahaja di saat engkau kehilangan Ibu mu,dan engkau akan merasai betapa perlunya kasih sayang Ibu.......................... 

Dekatilah Ibu mu,cium tangannya mohon maaf...tidak terkecuali setiap anak itu pernah mengasari Ibunya.Ucaplah kata ampun pada Ibumu selagi masih sempat.Marilah kita bersama-sama memohon doa kepada Allah s.w.t semoga...........................

Bismillahirahmannirahim.........
Ya Allah Ya Tuhan kami,sesungguhnya Engkau Maha Pendengar lagi Maha Pengampun.
Engkau dengarkanlah doa hamba mu yang kerdil ini dan Engkau ampunilah dosa-dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami Ya Allah.Engkau kasihanilah Ibu kami Ya Allah seperti mana Ibu kami mengasihani kami sewaktu kami kecil Ya Allah.
Ya Allah..sebagaimana Ibu kami mencurahkan kasih sayang terhadap kami,engkau gantikanlah kasih sayang itu dengan pahala kepada ibu kami sekiranya Engkau telah menjemput Ibu kami ke Rahmatullah..
Ya Allah...Engkau lah Yang Maha Pengasihani.Kasihanilah Ibu kami Ya Allah.......
Amin.............